Tuesday, January 3, 2017

PERKHIDMATAN ANALISA SAMPEL

PROSEDUR PERMOHONAN
  1. Setiap permohonan perlu mengisi borang permohonan analisis.
  2. Borang permohonan analisis hendaklah disertakan bersama sampel dan dihantar ke makmal yang berkenaan.
  3. Tempoh analisis bagi satu sampel bergantung kepada jenis sampel dan alat yang terlibat. Pemohon perlu memohon seawal yang mungkin dari pengendali alat.
  4. Permohonan analisis secara segera boleh merujuk kepada Penyelaras Jawatankuasa Penggunaan Peralatan Saintifik.
  5. Sebarang pertanyaan berkenaan proses permohonan boleh diajukan kepada Jawatankuasa Penggunaan Peralatan Saintifik di Pejabat Jabatan Kimia, Aras 1 Blok 3 atau hubungi Pejabat 015-4879 7305.
  6. Penyelaras Jawatankuasa Penggunaan Peralatan Saintifik : Prof Madya Dr Norhayati Hashim.



SYARAT PERMOHONAN


  1. Permohonan analisis terbuka kepada pelajar siswazah, staf UPSI, agensi kerajaan, pihak swasta dan individu.
  2. Borang permohonan analisis yang lengkap sahaja akan diproses.

BAYARAN PERMOHONAN
Setiap permohonan analisis daripada luar UPSI hendaklah disertakan bersama pesanan rasmi kepada pihak Jawatankuasa Penggunaan Peralatan Saintifik.

Pembayaran boleh dibuat secara cek/tunai kepada :
BENDAHARI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS dalam tempoh 30 hari.


No comments:

Post a Comment